Persatuan Silat di Malaysia Perguruan silat

Walaubagaimanapun, sejak berada dibawah penjajahan British, kegiatan silat di Tanah Melayu dan kini Malaysia telah melalui pelbagai proses untuk dikawal selia secara perundangan seperti berikut:-

Meluluskan Enekmen Pertubuhan 1899 (Societies Enactment 1899) dengan pindaan pada tahun 1913, 1927, 1947 dan 1949.

Enakmen Pertubuhan yang dipinda pada tahun 1949 dikuatkuasakan pada 1 September 1949 dengan mewajibkan pendaftaran keatas semua pertubuhan yang ada pada masa itu. Sehingga 31 Disember 1949 sebanyak 1,590 pertubuhan telah didaftarkan. Enakmen ini terus digunapakai hinggalah selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957.

Enakmen 1899 telah digubal semula oleh Parlimen dalam tahun 1965/66 dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1966 adalah dikenali sebagai Akta Pertubuhan 1966 (Akta 13 tahun 1966).

Akta Pertubuhan 1966 diperkukuhkan lagi oleh Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.

Dengan berkuatkuasanya Akta Pembangunan Sukan 1997 pindaan tahun 2004 segala kegiatan seni mempertahankan diri termasuk silat dikawal selia oleh Pesuruhjaya Sukan.